BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 11 December 2011

Warna

Warna 
--> merupakan tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan objek 

Jenis - jenis warna : - Ⅰ. Warna asas
                                Ⅱ. Warna sekunder
                                Ⅲ. Warna tertier
                                Ⅳ. Warna neutral

Warna Asas
Warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier .

Contoh :

Warna Merah , Kuning , Biru

Warna Sekunder
Warna yang terhasil daripada campuran dua warna asas .
Sperti :- Hijau , Ungu , Jingga

Contoh campuran warna :


 Kuning + Biru  =  Hijau

Biru  +  Merah  =  Ungu

   Merah +  Kuning =  Jingga

Warna Tertier
Warna yang terhasil daripada campuran satu warna asas dan dengan warna sekunder .

Contoh campuran warna :


   Merah  +   Ungu  =  Merah-Ungu

           Merah   +   Jingga   =   Merah-Jingga

    Biru   +   Ungu   =   Biru-Ungu

Warna Neutral 
Warna Hitam atau warna Putih atau campuran kedua-dua warna 

Jalinan

Jalinan ialah sifat permukaan suatu objek atau karya seni

Jenis - jenis jalinan
Jalinan dibahgikan kepada dua , iaitu : -
  • Jalinan Sentuh 
  • Jalinan Tampak
JALINAN SENTUH  ialah jalinan yang boleh dirasai melalui deria sentuh

Seperti :

 Jilinan pada tayar kereta
Fungsinya : menstabilkan kereta

Jalinan pada tapak kasut 
Fungsinya : menahan gesaran
Jalinan kasar pada kulit nanas

JALINAN TAMPAK ialah jalinan yang boleh dilihat melalui ilusi tetapi tidak dapat dirasai melalui deria sentuh .

Seperti :

 Jalinan belang pada kulit harimau

 Jalinan pada kulit buah tembikai

 Jalinan belang pada kulit zebra
Fungsinya : sebagai penyamaran

Tuesday, 6 December 2011

Membentuk Dan Membuat Binaan

Membentuk dan membuat binaan dengan menggunakan bahan dan teknik yang berbeza dalam penghasilan.
Bekas Pensel

Mengenal Kraf Tradisional

Menggunakan bahan buangan untuk menghasilkan kraf tradisional melalui penerokaan. 
Anyaman

Cendawan

Membuat Corak dan Rekaan

Menghasilkan kesan corak dengan menggunakan pelbagai alat,bahan dan teknik.

Tarikan Garisan

Capan

Monday, 5 December 2011